Kegembiraan Tuan Guru
Mendengar pesakit sembuh selepas berubat dengan anak muridnya, dan perawat itu tidak mahu menerima sebarang sagu hati atau bayaran.

Pengasas & Penasihat YDS
Dilahirkan pada Ahad, 18 Ogos 1940 (14 Rajab 1359) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.
Beliau anak ketiga daripada 10 beradik, dibesarkan dalam keluarga yang kuat mengamalkan ajaran Islam. Ibu bapanya guru al-Quran kepada masyarakat setempat. Ayahandanya, Lebai Din, juga seorang perawat yang mengamalkan pengubatan Islam.
Dua saudara lelakinya turut tokoh agama terkenal: abangnya Ustaz Ishak bin Din dan adiknya Datuk Abu Hassan bin Din. Beliau berkahwin dan dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
"Seorang Mukmin yang hebat akan beramal sampai ikhlas, bukan tunggu ikhlas baru hendak beramal."
"Bersungguh-sungguhlah dan yakin ketika memberikan khidmat rawatan dan jangan sambil lewa. Bila membantu mereka yang perlukan khidmat, lakukanlah dengan hati yang ikhlas, bukan kerana terpaksa."
"Semua ahli Darussyifa' dan perawat Islam hendaklah menjadikan amalan Pengubatan Islam ini wadah untuk beribadah mencari keredhaan Allah SWT, bukan mengejar habuan dunia."
Mendengar pesakit sembuh selepas berubat dengan anak muridnya, dan perawat itu tidak mahu menerima sebarang sagu hati atau bayaran.
Menerima aduan ada perawat yang mengaku anak muridnya tetapi mengenakan bayaran ratusan hingga ribuan ringgit kepada pesakit.

Idea yang dicetuskan Tuan Guru diteruskan oleh YDS melalui empat bidang: pengubatan Islam, pendidikan dan ilmu, kebajikan, serta inisiatif TEDUH.